Panduan lengkap cukai pendapatan Malaysia 2026.
Semua yang anda perlu tahu tentang cukai pendapatan di Malaysia, dari asas hingga advanced. Untuk pekerja, freelancer dan peniaga.
Siapa perlu bayar cukai?
Anda perlu bayar cukai jika pendapatan tahunan anda melebihi RM37,333 (selepas tolak KWSP 11%).
Ambang tahunan
RM37,333
Selepas tolak KWSP 11%
Gaji kasar
≈ RM3,500
Sebulan · selepas KWSP ≈ RM3,115/bln
Akses pantas
Alat dan panduan yang paling kerap digunakan.
Panduan mengikut topik
Pilih topik untuk mula.
Asas Cukai
Mengikut Pekerjaan
Pelepasan & Rebat
Proses cukai
5 langkah mudah.
- 01
Kira Pendapatan Tahunan
Kumpulkan semua sumber pendapatan - gaji, bonus, komisyen, pendapatan sewa, dll. - 02
Tentukan Pelepasan
Kenalpasti pelepasan yang layak - insurans, pendidikan, KWSP, zakat, dll. - 03
Kira Cukai Bercukai
Tolak pelepasan daripada pendapatan kasar untuk dapatkan pendapatan bercukai. - 04
Isi e-Filing
Log masuk ke MyTax LHDN dan isikan borang cukai mengikut panduan. - 05
Bayar atau Terima Refund
Bayar cukai tertunggak atau terima bayaran balik jika terlebih bayar PCB.
Kadar cukai TT 2026
Cukai pendapatan dikenakan secara progresif.
| Pendapatan bercukai | Kadar | Cukai atas jumlah terdahulu |
|---|---|---|
| RM 0 – RM 5,000 | 0% | RM 0 |
| RM 5,001 – RM 20,000 | 1% | RM 0 |
| RM 20,001 – RM 35,000 | 3% | RM 150 |
| RM 35,001 – RM 50,000 | 6% | RM 600 |
| RM 50,001 – RM 70,000 | 11% | RM 1,500 |
| RM 70,001 – RM 100,000 | 19% | RM 3,700 |
| RM 100,001 – RM 400,000 | 25% | RM 9,400 |
| RM 400,001 – RM 600,000 | 26% | RM 84,400 |
| RM 600,001 – RM 2,000,000 | 28% | RM 136,400 |
| RM 2,000,001 ke atas | 30% | RM 528,400 |
Rebat RM400: jika pendapatan bercukai anda RM35,000 atau kurang, RM400 ditolak terus daripada cukai kena bayar.
Soalan lazim
Tentang cukai pendapatan
Untuk tahun 2026, individu perlu bayar cukai jika pendapatan tahunan melebihi RM37,333 (selepas tolak KWSP). Ini bersamaan dengan gaji kasar sekitar RM3,500 sebulan.
Lagi panduan
Mudahkan urusan cukai anda dengan CukaiMax.
CukaiMax mengimbas resit, mengira cukai, dan menyediakan dokumen untuk e-Filing secara automatik. Cuba sekarang percuma!
Dikemas kini