No. MyKad / Passport
Nombor pengenalan untuk login ke MyTax
Panduan langkah demi langkah untuk login MyTax, pilih Borang BE atau B, isi pendapatan, tuntut pelepasan, dan hantar melalui portal e-Filing LHDN. Tarikh mengikut corak program memfail terakhir yang diterbitkan LHDN (Program Memfail BN 2026, untuk TT 2025) sehingga LHDN menerbitkan program 2027.
Borang BE ditutup dahulu. Tarikh akhir Borang B lebih lewat.
Sediakan semua ini sebelum log masuk ke MyTax.
Nombor pengenalan untuk login ke MyTax
Jika belum ada, daftar di mytax.hasil.gov.my
Penyata pendapatan dari majikan anda
Semua resit untuk tuntutan pelepasan cukai
Enam langkah, kira-kira 15-30 minit.
Akses portal MyTax di mytax.hasil.gov.my. Masukkan No. MyKad dan kata laluan anda.
Klik 'e-Filing' dan pilih jenis borang yang sesuai dengan jenis pendapatan anda.
Lengkapkan maklumat peribadi seperti status perkahwinan, alamat, dan maklumat bank.
Masukkan jumlah pendapatan dari Borang EA/EC. Sistem akan mengira PCB yang telah dipotong.
Masukkan semua pelepasan cukai yang layak dituntut. Pastikan ada dokumen sokongan.
Semak semua maklumat dengan teliti. Setelah pasti, klik 'Hantar' untuk menghantar borang.
Elakkan kesilapan-kesilapan ini semasa mengisi e-Filing.
| Kesilapan | Penyelesaian |
|---|---|
| Lupa masukkan pendapatan sampingan | Declare semua pendapatan termasuk freelance, sewa, dividen |
| Silap status perkahwinan | Status pada 31 Disember tahun taksiran |
| Claim pelepasan tanpa resit | Pastikan ada dokumen sokongan untuk semua tuntutan |
| Nombor akaun bank salah | Semak nombor akaun untuk terima bayaran balik |
CukaiMax mengimbas resit anda dan mengkategorikan secara automatik ke dalam kategori LHDN yang betul. Sedia untuk e-Filing dalam beberapa minit sahaja.
Jejak resit sepanjang tahun dan eksport fail sedia LHDN.
Dikemas kini