Langkau ke kandungan

Borang B vs Borang BE: mana satu untuk anda?

Fahami perbezaan antara Borang B dan Borang BE, dan ketahui borang mana yang sesuai dengan situasi anda.

Tiada pendapatan perniagaanBE

Borang BE

Untuk pemastautin tanpa pendapatan perniagaan: gaji, sewa, dividen dan faedah.

Borang manual
30 Apr
e-Filing
15 Mei
  • Untuk pekerja, tuan rumah dan pelabur tanpa perniagaan
  • Lebih mudah dan cepat diisi
  • Tarikh akhir lebih awal (15 Mei)
  • PCB dipotong terus oleh majikan
  • Tidak boleh tuntut perbelanjaan perniagaan
Panduan Borang BE
Pendapatan perniagaanB

Borang B

Untuk peniaga, freelancer, atau pekerja bergaji yang ada perniagaan sampingan.

Borang manual
30 Jun
e-Filing
15 Jul
  • Untuk pendapatan perniagaan dan freelance
  • Boleh tuntut perbelanjaan perniagaan
  • Tarikh akhir lebih lewat (15 Julai)
  • Untuk pelbagai sumber pendapatan
  • Lebih kompleks, perlu butiran perbelanjaan
Panduan cukai freelancer

Perbandingan ringkas

Kedua-dua borang, sebelah-menyebelah.

Perbandingan Borang BE dan Borang B
AspekBorang BEBorang B
Untuk siapaPemastautin tanpa pendapatan perniagaan: gaji, sewa, dividenPeniaga, freelancer, atau gaji + perniagaan sampingan
Jenis pendapatanGaji, bonus, sewa, dividen dan faedahPendapatan perniagaan dan freelance, serta pendapatan lain
KerumitanLebih mudah dan ringkasLebih kompleks, perlu butiran perbelanjaan
Tarikh akhir30 Apr manual · 15 Mei e-Filing30 Jun manual · 15 Jul e-Filing
Perbelanjaan perniagaanTidak boleh dituntutBoleh dituntut untuk kurangkan cukai

Mana satu untuk anda?

Cari situasi anda di bawah.

Masih tak pasti?

Jika anda ada sebarang pendapatan perniagaan (perniagaan sampingan, freelance, e-hailing dan sebagainya), guna Borang B. Borang BE untuk pemastautin tanpa pendapatan perniagaan, termasuk pendapatan sewa hartanah.

  • Pekerja gaji sahaja, tiada side incomeBorang BE
  • Freelancer atau peniagaBorang B
  • Pekerja dengan perniagaan sampingan atau kerja freelanceBorang B
  • Gaji dan pendapatan sewa hartanah, tiada perniagaanBorang BE
  • Peniaga e-dagang, pemandu Grab, YouTuberBorang B

Ya, jika anda mula menerima side income. Sebaik sahaja anda ada pendapatan perniagaan atau freelance, anda perlu guna Borang B selepas itu.

Kesan borang yang betul secara automatik

CukaiMax mengesan borang yang sesuai berdasarkan jenis pendapatan anda dan membimbing anda sepanjang proses pemfailan.

Sumber: LHDN, borang nyata cukai individu; LHDN, kod pendapatan perniagaan.